CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, 21 August 2011

A lot Like ♥

Bila cakap soal cinta hati dan perasaan semua tu memang susah nak ungkapkan dengan kata2. hanya perasaan kita je yg tahu.. hidup ni kadang2 susah kita nk duga, kadang2 bila kita rasa kita dekat dengan seseorang... tapi sebenarnya kita jauh.. jauh sangat... walaupun kita dapat gengam tangan dia..  ditapi hati dia belum tentu dapat kita selamikan... mungkin kita boleh buat dia ketawa disaat dia tengah bersedih.. tapi kita tak dpt baca apa yang disebalik senyuman dia.. kita cuba nak jadi pendengar dia yang setia.. bila dia bersedih dan menangis.. kita sangka kita dapat pujuk hati dia.. padahal yang sebenarnya dia tak perlukan kehadiran kita dalam hidup dia.. korang pernah tak rasa macam tu?  Sedihkan bila kehadiran kita langsung tak disenangi. haha.. sebenarnya mood nak menjiwang ni.. Sbnrnya waktu jalan2 di fb ternampak fb Bf lama.. bf yang 1st skali zaman persekolahan dulu.. Dah lama tu zaman sekolah2 dulu. zaman kegemilangan ratu dulu kikikiki perasan.. Anyway kalo boleh nak ucap tahniah dekat my very 1st Bf sebab dah kawen..Form3 masa tu and dia time tu umo 25 tahun beza 10 tahun kot kikiki. Tp dia mmg baik, x smoking itu yang penting. main pompuan jarang sekali, pompuan main2kn dia adelah, pompuan tu fhm2 jela sape jahat kan -_-'. seriusly dia mmg baik sangat tersangatlah. Tapi syg kebaikkan dia tu aku balas dengan kata putus :(. Mcmne aku boleh suka dier dulu? owh mcm ni dia seorang yang kelakar sangat  dia mcm dictionary taw tanye je english word ape semua dia tahu.. macamne blh kenal dia. kenal kat ym masa tu zaman2 myspace la kikikiki.. lama la jugak bercinta dalam internet dengan dia.. kitaorang tak pernah nak webcam ke ape.. bayangkan dari form3 sampai form5 kitaorg tak pernah bersua muka langsung YM dengan Myspace je tempat kitaorg becinta tapi dia selalu call kirim mms.. ingat lg kalo aku miscall je then kira 1 2 3 time tu mesti dia call balik.. dia pernah lah kena marah dengan bapak dia sebab bill telefon dia tinggi gara2 dia suka sangat call aku.. time tu dia takde kerja lagi.. dia baru habis blajar.. dia taklah hensem tapi bila borak2 dengan dia aku rasa hilang masalah.. dia banyak tahu pasal permasalahan aku, family, study semua dia tahu.. tapi pasal dia aku tahu yang basic2 je. tak la mendalami sangat.. dia mmg seorang pendengar yang setia.. dan setiap apa yang dia nak buat dia mesti call atau pun sms aku.. kira aku rasa macam selalu dekat dengan dia... dah bercinta dekat 3 tahun kira lepas aku habis spm tu baru la kami dua berjumpa.. Sebenarnya perasaan tu bercampur ar seronok tak sabar seriau pon ye malu pun ade semua perasaan menjadi 1. Sebenarnya time tu dah 2 hari aku kat umah Along kat Damansara. dia pulak umah dia tinggal kat Ampang.. tapi aku rahsiakan la konon nak suprise la kan... kikikikiki aku suruh along drop kat Puduraya.. then aku call la dia suruh amik aku kat Puduraya. Mak ai dia punyalah tinggi terasa rendah you.. entah kenapa mulut aku yang becok ni boleh pulak tersenyap aisey.. malulah katakan 1st time jumpa.Dia naik keta LandRover, setahu aku keta dia keta wira je warna putih, so dalam keta aku pun mulakan conversation pasal dia tipu aku, cakap naik wira tapi ni naik LandRover pulak, pastu dia gelakkan aku, dia cakap keta bapak dia lah ni, keta dia adik dia pinjam. itulah detik pertama jumpa dia. Malu tapi sayang.. kikikiki. Taktahu lah dia ingat ke tak lagi kisah cinta dia dengan budak hingusan ni dulu. Dia bwk aku balik umah dia di lain harinya,, lepas tu aku find out something pasal diri dia.. rupanya byk yg aku xthu pasal dia.. entah kenapa aku rasa kecewa tertipu je perasaan aku.Bila dia antar aku balik tu aku tak cakap sepatah pun dengan dia.. Lepas tu aku rasa mcm nak putus je dengan dia.. Aku just tinggal dia macam tu je. jahat kan aku. padahal benda tu taklah ade ape sangat pn.. Depan  Masjid Negara jadi saksi hubungan kami putus sampai  situ je.. Putus mcm tu je dia takde nak merayu ke ape macam tu je.. :( bila difikirkan balik aku sedih buat dia macam tu. lepas tu dapat twrn smbung belajar kat N9 sethn then sambung kat KL. Ada jugak teserempak dengan dia.. dia masih solo je tapi tgk sekarang ni dah kawen. So nak ucapkan all the best kat dia... Dah hantar mesej kat FB tapi tak add dia. dia tak balas pun.. Dulu Saya tinggalkan awak sekarang orang lain pulak tinggalkan saya, memang adil kan dunia ni. ^^, Takpe at least saya belajar dari kesilapan, meninggalkan orang yang baik mcm dia tu mmg 1 kesilapan. Tapi kalau tak buat silap kita tak belajar lah kan.. Dah lama tak kenangkan dia, tapi bila dah tertengok gambar kawen dia tu baru la teringat balik kisah ni.. Ni antara peristiwa yang akan sy kenang sampai bila2. Walaupun saya tak pernah citer benda ni kat bf selepas DIA.. itu je kot memori zaman persekolahan ~ kikikikiki indah jugak bila dikenangkan .. ~ Sampai sini je kot thanks la pada yg sudi baca pepanjang ni :P

P/s : Happy dah tahu awak bahagia sekarang..♥ #seikhlashatisayahappyuntukawakikmal


once upon a times.. when i meet you.. i know u r somebody.. but why u never told me before ???

0 comments:


ShoutMix chat widget