CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, 21 August 2011

A lot Like ♥

Bila cakap soal cinta hati dan perasaan semua tu memang susah nak ungkapkan dengan kata2. hanya perasaan kita je yg tahu.. hidup ni kadang2 susah kita nk duga, kadang2 bila kita rasa kita dekat dengan seseorang... tapi sebenarnya kita jauh.. jauh sangat... walaupun kita dapat gengam tangan dia..  ditapi hati dia belum tentu dapat kita selamikan... mungkin kita boleh buat dia ketawa disaat dia tengah bersedih.. tapi kita tak dpt baca apa yang disebalik senyuman dia.. kita cuba nak jadi pendengar dia yang setia.. bila dia bersedih dan menangis.. kita sangka kita dapat pujuk hati dia.. padahal yang sebenarnya dia tak perlukan kehadiran kita dalam hidup dia.. korang pernah tak rasa macam tu?  Sedihkan bila kehadiran kita langsung tak disenangi. haha.. sebenarnya mood nak menjiwang ni.. Sbnrnya waktu jalan2 di fb ternampak fb Bf lama.. bf yang 1st skali zaman persekolahan dulu.. Dah lama tu zaman sekolah2 dulu. zaman kegemilangan ratu dulu kikikiki perasan.. Anyway kalo boleh nak ucap tahniah dekat my very 1st Bf sebab dah kawen..Form3 masa tu and dia time tu umo 25 tahun beza 10 tahun kot kikiki. Tp dia mmg baik, x smoking itu yang penting. main pompuan jarang sekali, pompuan main2kn dia adelah, pompuan tu fhm2 jela sape jahat kan -_-'. seriusly dia mmg baik sangat tersangatlah. Tapi syg kebaikkan dia tu aku balas dengan kata putus :(. Mcmne aku boleh suka dier dulu? owh mcm ni dia seorang yang kelakar sangat  dia mcm dictionary taw tanye je english word ape semua dia tahu.. macamne blh kenal dia. kenal kat ym masa tu zaman2 myspace la kikikiki.. lama la jugak bercinta dalam internet dengan dia.. kitaorang tak pernah nak webcam ke ape.. bayangkan dari form3 sampai form5 kitaorg tak pernah bersua muka langsung YM dengan Myspace je tempat kitaorg becinta tapi dia selalu call kirim mms.. ingat lg kalo aku miscall je then kira 1 2 3 time tu mesti dia call balik.. dia pernah lah kena marah dengan bapak dia sebab bill telefon dia tinggi gara2 dia suka sangat call aku.. time tu dia takde kerja lagi.. dia baru habis blajar.. dia taklah hensem tapi bila borak2 dengan dia aku rasa hilang masalah.. dia banyak tahu pasal permasalahan aku, family, study semua dia tahu.. tapi pasal dia aku tahu yang basic2 je. tak la mendalami sangat.. dia mmg seorang pendengar yang setia.. dan setiap apa yang dia nak buat dia mesti call atau pun sms aku.. kira aku rasa macam selalu dekat dengan dia... dah bercinta dekat 3 tahun kira lepas aku habis spm tu baru la kami dua berjumpa.. Sebenarnya perasaan tu bercampur ar seronok tak sabar seriau pon ye malu pun ade semua perasaan menjadi 1. Sebenarnya time tu dah 2 hari aku kat umah Along kat Damansara. dia pulak umah dia tinggal kat Ampang.. tapi aku rahsiakan la konon nak suprise la kan... kikikikiki aku suruh along drop kat Puduraya.. then aku call la dia suruh amik aku kat Puduraya. Mak ai dia punyalah tinggi terasa rendah you.. entah kenapa mulut aku yang becok ni boleh pulak tersenyap aisey.. malulah katakan 1st time jumpa.Dia naik keta LandRover, setahu aku keta dia keta wira je warna putih, so dalam keta aku pun mulakan conversation pasal dia tipu aku, cakap naik wira tapi ni naik LandRover pulak, pastu dia gelakkan aku, dia cakap keta bapak dia lah ni, keta dia adik dia pinjam. itulah detik pertama jumpa dia. Malu tapi sayang.. kikikiki. Taktahu lah dia ingat ke tak lagi kisah cinta dia dengan budak hingusan ni dulu. Dia bwk aku balik umah dia di lain harinya,, lepas tu aku find out something pasal diri dia.. rupanya byk yg aku xthu pasal dia.. entah kenapa aku rasa kecewa tertipu je perasaan aku.Bila dia antar aku balik tu aku tak cakap sepatah pun dengan dia.. Lepas tu aku rasa mcm nak putus je dengan dia.. Aku just tinggal dia macam tu je. jahat kan aku. padahal benda tu taklah ade ape sangat pn.. Depan  Masjid Negara jadi saksi hubungan kami putus sampai  situ je.. Putus mcm tu je dia takde nak merayu ke ape macam tu je.. :( bila difikirkan balik aku sedih buat dia macam tu. lepas tu dapat twrn smbung belajar kat N9 sethn then sambung kat KL. Ada jugak teserempak dengan dia.. dia masih solo je tapi tgk sekarang ni dah kawen. So nak ucapkan all the best kat dia... Dah hantar mesej kat FB tapi tak add dia. dia tak balas pun.. Dulu Saya tinggalkan awak sekarang orang lain pulak tinggalkan saya, memang adil kan dunia ni. ^^, Takpe at least saya belajar dari kesilapan, meninggalkan orang yang baik mcm dia tu mmg 1 kesilapan. Tapi kalau tak buat silap kita tak belajar lah kan.. Dah lama tak kenangkan dia, tapi bila dah tertengok gambar kawen dia tu baru la teringat balik kisah ni.. Ni antara peristiwa yang akan sy kenang sampai bila2. Walaupun saya tak pernah citer benda ni kat bf selepas DIA.. itu je kot memori zaman persekolahan ~ kikikikiki indah jugak bila dikenangkan .. ~ Sampai sini je kot thanks la pada yg sudi baca pepanjang ni :P

P/s : Happy dah tahu awak bahagia sekarang..♥ #seikhlashatisayahappyuntukawakikmal


once upon a times.. when i meet you.. i know u r somebody.. but why u never told me before ???

Thursday, 18 August 2011

New ♥

i ♥ her she inspired me 
assalamualaikum.. lama rasanya tak update blog ni kikikikiki sibuk dengan aktiviti 2 harian... Alhamdulillah bulan ramadhan ni memberikan sedikit ketenangan untuk diri ni.. harap2 bulan2 yang seterusnya pon sama lah ye.. kikiki.. Thanks yang tegur tu ramai cakap eh pie makin ceria je skng.. ada jugak yang question why kikikiki.. itulah kan bila x happy org tanya.. bila happy pn nak dipersoalkan haishh x phm2 kikikikiki.. tapi pedulilah apa org nk fikir.. yang penting im happy now.. beberapa hari lepas ada tgk cerita kisahku which is cerita pasal Wardina Saffiyah.. menyentuh hati betul cerita kisah hidup dia.. i ♥ you la kak dina. You really inspired me.. back to the title New ♥ new obsession Al-Quran & Honey.. wlpn dh ada obsession br but APPLE is still my no 1 kikikikiki..Nabi s.a.w bersabda: "Berubatlah kamu dengan dua jenis ubat yakni madu dan al-Quran". Alhamdulillah it a cure for me.. yang hati tak tenang tu boleh lah cuba kikikikikikiki..



Sangat bersyukur. Thanks Allah sebab kirimkan hambaMU
yang berhati mulia disaat aku betul2 dlm kesusahan ni.
Jasa hambaMU itu, hanya kau saja yang boleh membalasnya..
Alhamdulillah. Amin ....







Honey Apple but not Poison apple OK =P


My current Obsession ♥


   

Wednesday, 10 August 2011

miss you ?? miss me ?? ^^


Tada !!!! blog dah salin baju ekekekeke.. pink je.. hihi ala shout box lama dah terhilangkanlah sedihhhhh so takde lah yg komen dah warghhhhh... hihi singgah jab sebelum nak prepare waktu berbuka ni... ok jumpa next entry ye ^^ Assalamualaikum.. 



Monday, 8 August 2011

Revenge is Sweet ???

Lately ni Kenangan lama asyik menghantui diri je... emmm dendam ke aku kat dia ?? sayang lagi ke aku kat dia ?? emmm... apa2 pn i still think that revenge is not the right way.. Daripada berdendam lebih baik berserah je dekat Allah s.w.t. sebab... Walaupun aku tak la pandai sangat bab agama ni.. tapi pengalaman membuat aku terfikir sendiri... owh apa yang aku rasai sekarang ada kaitan dengan perbuatan aku yang lepas... sebab i can feel that KARMA is paying me back.. Dulu aku tak la baik sangat... kira aku suka mainkan perasaan orang.... ada sebab aku buat macam tu.. tapi bila difikir2kan balik tak ada faedah pon... tapi semua tu dah lepas... biasala kan waktu tu fikiran tak la matang sangat.. girl just wanna have fun kan.. yang tahu nak seronok je.. =PP  Apa yang berlaku sekarang ni buat aku sedar yang 4 tahun dulu.. aku rampas dia dari someone.. then sekarang benda tu berulang kan.. emm Allah tu maha adil kan... yang bestnya my bestie sendiri yang rampas.. sebab tulah sekarang aku fikir lebih baik aku dekatkan diri denganNYA sebab dia tak pernah kecewakan aku.... Topik PERUBAHAN di ikim.fm ahad lepas betul2 menyamai dengan kehidupan aku sekarang.. yela dulu Freehair sekarang bila dah bertudung.. adala pulak kawan2 yang cakap ada la pulak yang cuba jadi ustazah kan.. even lecture pon pernah tegur dulu masa mula2 aku cuba bertudung... nama je tahun 2011 tapi pemikiran mcm zaman batu je haishh tak faham betul... Aku berubah bukan sebab aku kecewa tapi sebab aku rasa dah sampai waktu untuk aku berubah.... Tapi kadang2 rindu sangat dengan life yang dulu.. -_-' kuatkanlah hati aku untuk meneruskan perubahan ni YA ALLAH..  kadang2 tu macam2 godaan dari kawan2.. aku harap aku kuat untuk semua ni.... Dah jauh ni... kenapalah mesti ada perasaan macam tu.. berdosanya..  T_T  hati tolonglah kuat untuk semua ni......

One way or another way... :5


Sunday, 7 August 2011

BENGGANG

Hari ni macam nak ishtiharkan hari BENGGANG sedunia je !!! erghhhh !!! HYE HYE HYE Stop la tak payah nak jaga hati aku sangat seriusly hipokrit gilerrr !!!!!!!!! dh laa !!!!! 2 2  laki bini sama je !!!! jangan nak baik sangattt la aku dah menyampah dengan korangg 2 org la !!!! Jangan la pernah muncul dalam hidup aku kalau setakat nak buat aku merana lagi.. sorry la aku sikit pun tak kisah.. kau go on lah dengan life ko as i will go on with my life.. so please do leave me alone !!! tak habis2 nak sedihkan hidup aku kan kan.. takpelah aku redha je.. dan aku mampu lagi tersenyum dengan gelagat2 korang yg mmg disguisting sangat.. keep doing it you fool...


P/s : i believe in KARMA.. what you givinme you sure get it back SAYANG !! heh <3 

Friday, 5 August 2011

Flu Fever C

Lama rasanya tak update blog ni... mana taknya baru je bukak lappy dah tetido depan lappy ni.. hukhukhuk macamlah penat sangat PUASA kan ekekeke bukan penat ke apa tapi sebab makan ubat selsema tambah lagi dengan ubat batuk konfen2 la mengantuk giler.. walaupun taknak tido tapi mata ni automatic je close sendiri  -__-' pada yang im kat fb tu maaf la ye bukan sombong ke apa ke.. tapi cuma tak sedar ada mesej ekekekeke... Hari ni dah masuk 6 hari kita puasa kan?? alhamdulillah.. tak tinggal la lagi puasa penuh je hikhikhik.. Seronok pulak baca blog2 org lain.. macam2 kisah.. sangat jeless bila baca blog yang citer pasal KEKASIH HATI SAYA LA hihi bila la nak update story macam tu kan... ekekekeke.. Actually fie dah tukar link blog dari myzsshunnyuntoldlovestory ke mylittlegreycell hihi.. sebab fie rasa tak ada dah kot untold love story.. so biarkan dia tersimpan kemas jauh disudut hati dan lipatan sejarah hidup fiekan.. ish2 tak sangka bila dah tukar link blog ni ada jugak yang cari anyways thanks ok yang sudi baca blog yang tak seberapa ni.. actually fie takdelah sangat pandai nak berHIAS blog ni.. tapi dalam proses nak blajar jugak... dulu fie rasa ada blog ni renyah je.. yela dulu takde sangat nak online macam sekarang.. kalau dulu ada je aktiviti luar kan.. kalau setakat nak berfesbuk tu sempat la lagi.. tapi sekarang blog ni dah jadi macam everyday rutin pulak ekekeke.... Itu je kot sebab fie dah malas taktahu nak citer ape lagi dan rasa mengantuk sangat.. hahahaha ok     assalamualaikum semua <3

When you keep QUIET , it make me worried..
 When you keep QUIET, it make me think : whre are you ? with who ?
and many more I would think about you. =((

Wednesday, 3 August 2011

150 Million - Fynn Jamal

untuk kali ke seratus lima puluh juta

mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“hei kenapa kau masih lagi mahu kan dia? 
apa kau buta? apa kau pura-pura suka?”
di seratus lima puluh juta kali itu
di depan semua engkau tarik tangan aku
yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu,
sambil ketawa engkau bilang satu persatu:

“dia mungkin bengis seperti singa
tapi dia nangis tonton cerita korea
dia mungkin keras bila bersuara
tapi dia jelas jujur apa adanya--

aku lagi kenal dia”

dah lebih seratus lima puluh juta kali
aku pesan padamu apa yang bakal jadi
"engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
kau sangat manis, aku ini pula dawai besi"

di setiap seratus lima puluh jutanya
aku pun dalam hati semacam tak percaya
"apa kau lihat pada aku, jujurkan saja"
terus kau cubit dagu aku sambil berkata:

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua--


saya kenal sayang saya”

buat apa dicerita bahagia kita rasa
biar tak dipercaya, peduli orang kata
baju ronyok tak apa asal pakai selesa
berkilau tak bermakna kalau hati tak ada

aku lebih bengis dari sang naga
tapi bisa nangis semata demi senja

suaraku keras tak berbahasa
kerna aku rimas gedik mengada-ngada

aku mudah baran tidak semena
mana boleh tahan angin cemburu buta
dan aku sengaja tunjuk keras kepala
aku punya manja kau saja boleh rasa


rahsia kita berdua





Dengar lagu ni kat frenzy semalam... Lagu ni mcm dah lama kan tapi xkisah lah kan hihi sbb  lirik dia cam best je.. hikhikhik... sebab macam kena je dengan saya.. saya laa org yang kerass kepala.. Baran xsemena-mena.. tapi saya tak mengada-gada.. Saya garang tau... hahahaha mengada2 dalam chat tu biasa la hahahahaha.. ok itu je kot.. nak tido dari semalam x tido.. Assalamualaikum..

P/p.s : Petang semalam tetiba mcm nk marah.. dah kenapa pulak.. dah tu cakap kenapa orang kejam dengan dia.. emmm .. orang cakap dengan dia buat taktau ja.. lain kali taknak dah cakap :4 !balik oklah.. tapi cakap je taknak cakap.. malam semalam cakap gak... :6 16 misscal 1 mesej... hihi.. :4  

Tuesday, 2 August 2011

Love & Hate

Bagaimana cara membuatmu bahagia.. 
nyaris ku menyerah jalani semua...
tlah berbagai kata ku ungkap percuma..
agar kau percaya cintaku berharga....

tak kuat ku menahanmu, mempertahankan cintaku..

namun kau begitu saja.. tak pernah merindu...

reff:
Sungguh aku tak bisa, sampai kapanpun tak bisa...
membenci dirimu, sesungguhnya aku tak mampu...
sulit untuk ku bisa, sangat sulit ku tak bisa..
memisahkan segala cinta dan benci yang ku rasa..

apa kau mengerti ku sedih sendiri..
tanpa ada kamu ku merasa sepi...

tlah lama ku menantimu,  diam sendiri menunggu..
setengah hati mencinta, ku sakit karenamu...


repeat reff

woo ooo ku sakit karenamu...

sungguh aku tak bisa, sampai kapanpun tak bisa...
membenci dirimu, sesungguhnya aku tak mampu...
sulit untuk ku bisa, sangat sulit ku tak bisa..
memisahkan segala cinta dan benci..

sungguh aku tak bisa membenci dirimu..
sesungguhnya aku tak mampu..
sungguh aku tak bisa, sampai kapanpun tak bisa..
memisahkan segala cinta dan benci ooo...
cinta dan benci ooo yang ku rasa......

P/s : Suka sangat lirik lagu ni.. dalam benci ada cinta.. sulit utk ku bisa sangat sulit ku xbisa memisahkan  segala cinta dan benci yang kurasa.. -_-'  and i know the reason why.. because..





Monday, 1 August 2011

Serabut -_-'

Interesting fact.. excited rasanya nak tahu.. tapi kena tanya hati.. DO I NEED TO KNOW ?? huu big question mark there.. emmm... cukuplah sekadar faham kan..... Entahlah.. tak faham la dengan membe sorang ni.. dah elok2 Tunang.. then bulan 10 ni rancang nak kenduri.. tup tup tup dengar tak jadi pulak.. tak paham la dengan membe aku sorang ni.. ape la yang tak cukup dengan tunang dia tu... Entahlah.. itulah manusia tak pernah nak bersyukur... bila Tunang dia financial goyah sikit mula la nak tinggal kawan tu.. adoi malu la aku ada kawan macam ko sebenarnya.. Emm..  Tunang dia dah la baik.. baik sangat.. dia sangat2 tak bersyukurlah aku rasa.... Cuma sekarang ni je aku perasan yang tunang dia dah tak naik kereta mewah.. yang Membe aku selalu bangga2kan tu... baru2 ni terserempak la dengan Tunang dia tu kan dia pun tegur la aku.. terkaget jugak.. yela bila pandang je muka dia kan mesti ada satu perasaan tenang la tengok muka dia.. mungkin sebab muka dia iras2 tettt hahaha.. takpelah kitaorg pun duduk2 lah borak2.. dia pon macam nak meluahkan bukan meluahkan dia ada perasaan kat aku.. tapi lebih macam luahan perasaan lah kan.. hihi.. kalau meluah kan perasaan tak ke pelik -_-' tunang orang kot ... Aku sebenarnya memang la agak rapat dengan TASHA sebab dia ada la bau bau bacang kan dengan aku.. Kalau Mukriz tak citer pon aku sendiri dah memang masak dengan perangai tasha sebenarnya.. emm so aku layan jela kan luahan perasaan mukriz ni..Memang aku tahu betapa demandnya Tasha ni... tapi aku tak sangka la.. dalam dah stage terakhir kira dah dekat sangat kot lagi 2 bulan nak Akad Nikah then nak kawen dia boleh nak Cancel last minutes.. adoi tak faham betul aku.. Kenapa mesti nak cari Lelaki yang lebih kaya???  Entahlah kalau nak di ikutkan ni Masalah dorang.. tapi si Mukriz ni datang mengadu kat aku pulak.. emm masalah aku pun belum tentu selesainya..

Mukriz citer yang Business dia mcm kurang bagus la.. sampai dia terpaksa let go kereta dia.. memang dengar pun simpati la kan.. mana nak fullfill kehendak tasha yang nak buat majlis grand ala wedding of the century.. dengan hantaran yang terlampau nak STANDARD kan.. emm entahlah.. kadang2 aku terpikir perlukan semua tu?? memang la sekali seumur hidup.. tapi kalau dah menyusahkan diri sendiri just untuk nak Riak nak menunjuk2 buat ape kan?? ni last2 bila Business Mukriz tak ok.. mulalah dia nak cari yang lebih berduit dari Mukriz..Kad kawen dah siap dah tempah kat Bandung.. Kater pun dengar citer mak tasha dah booking.. rumah pun siap renovate dah.. Tahlah bukan masalah aku pun kalau aku nak pikirkan.. tapi Entahlah kesian dekat Mukriz.. at the same times tasha tu macam sedara aku jugak.. so tengah2 la aku jadinye errrrrr -___-

Sabar la Mukriz.. bagi la masa.. pujuk ke balik si tasha tu.. insyaallah nanti kalau berkesempatan fie akan cuba nasihatkan  dia.. emm tapi bagi personal opinion aku aku la kan... baik si Mukriz tu tinggal kan je Tasha tu... yela sanggup ke nak penuhi setiap keinginan dia tu.. Bukit tu pun  kalau hari2 tarah botak tau.. Tapi mai dengan perasaan sayang cinta ni memang la sanggup.. kan.. tapi lani bila no money dah tak sanggup kan.. emm simpati betul aku kat mamat ni... Tapi memang boleh nampak dia sayang sangat si Tasha ni.. yela dapat tunang cantik tinggi ala miss USA sape nak lepas kan :6.... tapi ikut u la bro.. sayang nya Tasha tak pernah nampak semua tu.. all the good thing yang aku nampak la sal si Mukriz ni.. hihi bertuahlah badan kalau diri disayangi sedemikian rupa :aduhai... sungguh aku jeles kat Tasha beruntung betul.. -__-' tetttt hahaha...

Family Tasha aku tgk mcm nak menyalah kan mukriz pulak.. entahlah mummy cakap jangan nak masuk campur sangat.. tulah.. aku sebenarnya taknak lah bagitahu Mukriz yang Family Tasha sebenarnya nak mintak Pertunangan dorang diputuskan biarlah Mukriz dapat tahu dari Tasha sendirikan..Dalam dunia ni ada macam2 jenis LOVESTORY kan... Bila dah dapat yang baik macam tu takde lak nak hargai.. emm kadang2 aku rasa.. entahlah... Takpelah perjalan masih jauh lagi.... Oh hari ni 1st day puasa untuk tahun 2011 ni.. alhamdulillah.. macam2 masalah dan persoalan datang.. takpelah.. sabar ye Mukriz.. hihi pandai betul nak nasihatkan orang lain la konon.. masalah sendiri pon tak selesai lagi -_____-'  at least hari2 yang mendatang ni  tak la fie rasa empty , sunyi sangat kan.. sebab hihihi...  =DD  takpelah Mukriz kalau ada jodoh tak kemana kan.. Kalo dh jodoh tu milik kita tetap akan jadi milik kita jugak yela kan ( ayat nak sedapkan hati orang lain dan hati sendiri la =D ) ok.. itu jela kot.. Salam Ramadhan.. and Happy fasting semua...

Cute je bebear ni.... dia macam sedang menunggu.. tapi tunggu ape je =DD  


ShoutMix chat widget