CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday 9 October 2011

i miss you

Lama rasanya tak update, just want to say im sorry kat someone, and im sorry to myself too, yes im so sorry told you that i dont love you, but deep in my heart i love you so much. Sorry that you love me but i cant love back, but i will always love you as my friends it all i can do right now. Sorry to myself that i have to quit everything.. All i wanna it to do is just say sorry to everyone of you that i've hurt before... SORRY i guess that it for now.. i have to go.. BYE.

Sunday 21 August 2011

A lot Like ♥

Bila cakap soal cinta hati dan perasaan semua tu memang susah nak ungkapkan dengan kata2. hanya perasaan kita je yg tahu.. hidup ni kadang2 susah kita nk duga, kadang2 bila kita rasa kita dekat dengan seseorang... tapi sebenarnya kita jauh.. jauh sangat... walaupun kita dapat gengam tangan dia..  ditapi hati dia belum tentu dapat kita selamikan... mungkin kita boleh buat dia ketawa disaat dia tengah bersedih.. tapi kita tak dpt baca apa yang disebalik senyuman dia.. kita cuba nak jadi pendengar dia yang setia.. bila dia bersedih dan menangis.. kita sangka kita dapat pujuk hati dia.. padahal yang sebenarnya dia tak perlukan kehadiran kita dalam hidup dia.. korang pernah tak rasa macam tu?  Sedihkan bila kehadiran kita langsung tak disenangi. haha.. sebenarnya mood nak menjiwang ni.. Sbnrnya waktu jalan2 di fb ternampak fb Bf lama.. bf yang 1st skali zaman persekolahan dulu.. Dah lama tu zaman sekolah2 dulu. zaman kegemilangan ratu dulu kikikiki perasan.. Anyway kalo boleh nak ucap tahniah dekat my very 1st Bf sebab dah kawen..Form3 masa tu and dia time tu umo 25 tahun beza 10 tahun kot kikiki. Tp dia mmg baik, x smoking itu yang penting. main pompuan jarang sekali, pompuan main2kn dia adelah, pompuan tu fhm2 jela sape jahat kan -_-'. seriusly dia mmg baik sangat tersangatlah. Tapi syg kebaikkan dia tu aku balas dengan kata putus :(. Mcmne aku boleh suka dier dulu? owh mcm ni dia seorang yang kelakar sangat  dia mcm dictionary taw tanye je english word ape semua dia tahu.. macamne blh kenal dia. kenal kat ym masa tu zaman2 myspace la kikikiki.. lama la jugak bercinta dalam internet dengan dia.. kitaorang tak pernah nak webcam ke ape.. bayangkan dari form3 sampai form5 kitaorg tak pernah bersua muka langsung YM dengan Myspace je tempat kitaorg becinta tapi dia selalu call kirim mms.. ingat lg kalo aku miscall je then kira 1 2 3 time tu mesti dia call balik.. dia pernah lah kena marah dengan bapak dia sebab bill telefon dia tinggi gara2 dia suka sangat call aku.. time tu dia takde kerja lagi.. dia baru habis blajar.. dia taklah hensem tapi bila borak2 dengan dia aku rasa hilang masalah.. dia banyak tahu pasal permasalahan aku, family, study semua dia tahu.. tapi pasal dia aku tahu yang basic2 je. tak la mendalami sangat.. dia mmg seorang pendengar yang setia.. dan setiap apa yang dia nak buat dia mesti call atau pun sms aku.. kira aku rasa macam selalu dekat dengan dia... dah bercinta dekat 3 tahun kira lepas aku habis spm tu baru la kami dua berjumpa.. Sebenarnya perasaan tu bercampur ar seronok tak sabar seriau pon ye malu pun ade semua perasaan menjadi 1. Sebenarnya time tu dah 2 hari aku kat umah Along kat Damansara. dia pulak umah dia tinggal kat Ampang.. tapi aku rahsiakan la konon nak suprise la kan... kikikikiki aku suruh along drop kat Puduraya.. then aku call la dia suruh amik aku kat Puduraya. Mak ai dia punyalah tinggi terasa rendah you.. entah kenapa mulut aku yang becok ni boleh pulak tersenyap aisey.. malulah katakan 1st time jumpa.Dia naik keta LandRover, setahu aku keta dia keta wira je warna putih, so dalam keta aku pun mulakan conversation pasal dia tipu aku, cakap naik wira tapi ni naik LandRover pulak, pastu dia gelakkan aku, dia cakap keta bapak dia lah ni, keta dia adik dia pinjam. itulah detik pertama jumpa dia. Malu tapi sayang.. kikikiki. Taktahu lah dia ingat ke tak lagi kisah cinta dia dengan budak hingusan ni dulu. Dia bwk aku balik umah dia di lain harinya,, lepas tu aku find out something pasal diri dia.. rupanya byk yg aku xthu pasal dia.. entah kenapa aku rasa kecewa tertipu je perasaan aku.Bila dia antar aku balik tu aku tak cakap sepatah pun dengan dia.. Lepas tu aku rasa mcm nak putus je dengan dia.. Aku just tinggal dia macam tu je. jahat kan aku. padahal benda tu taklah ade ape sangat pn.. Depan  Masjid Negara jadi saksi hubungan kami putus sampai  situ je.. Putus mcm tu je dia takde nak merayu ke ape macam tu je.. :( bila difikirkan balik aku sedih buat dia macam tu. lepas tu dapat twrn smbung belajar kat N9 sethn then sambung kat KL. Ada jugak teserempak dengan dia.. dia masih solo je tapi tgk sekarang ni dah kawen. So nak ucapkan all the best kat dia... Dah hantar mesej kat FB tapi tak add dia. dia tak balas pun.. Dulu Saya tinggalkan awak sekarang orang lain pulak tinggalkan saya, memang adil kan dunia ni. ^^, Takpe at least saya belajar dari kesilapan, meninggalkan orang yang baik mcm dia tu mmg 1 kesilapan. Tapi kalau tak buat silap kita tak belajar lah kan.. Dah lama tak kenangkan dia, tapi bila dah tertengok gambar kawen dia tu baru la teringat balik kisah ni.. Ni antara peristiwa yang akan sy kenang sampai bila2. Walaupun saya tak pernah citer benda ni kat bf selepas DIA.. itu je kot memori zaman persekolahan ~ kikikikiki indah jugak bila dikenangkan .. ~ Sampai sini je kot thanks la pada yg sudi baca pepanjang ni :P

P/s : Happy dah tahu awak bahagia sekarang..♥ #seikhlashatisayahappyuntukawakikmal


once upon a times.. when i meet you.. i know u r somebody.. but why u never told me before ???

Thursday 18 August 2011

New ♥

i ♥ her she inspired me 
assalamualaikum.. lama rasanya tak update blog ni kikikikiki sibuk dengan aktiviti 2 harian... Alhamdulillah bulan ramadhan ni memberikan sedikit ketenangan untuk diri ni.. harap2 bulan2 yang seterusnya pon sama lah ye.. kikiki.. Thanks yang tegur tu ramai cakap eh pie makin ceria je skng.. ada jugak yang question why kikikiki.. itulah kan bila x happy org tanya.. bila happy pn nak dipersoalkan haishh x phm2 kikikikiki.. tapi pedulilah apa org nk fikir.. yang penting im happy now.. beberapa hari lepas ada tgk cerita kisahku which is cerita pasal Wardina Saffiyah.. menyentuh hati betul cerita kisah hidup dia.. i ♥ you la kak dina. You really inspired me.. back to the title New ♥ new obsession Al-Quran & Honey.. wlpn dh ada obsession br but APPLE is still my no 1 kikikikiki..Nabi s.a.w bersabda: "Berubatlah kamu dengan dua jenis ubat yakni madu dan al-Quran". Alhamdulillah it a cure for me.. yang hati tak tenang tu boleh lah cuba kikikikikikiki..



Sangat bersyukur. Thanks Allah sebab kirimkan hambaMU
yang berhati mulia disaat aku betul2 dlm kesusahan ni.
Jasa hambaMU itu, hanya kau saja yang boleh membalasnya..
Alhamdulillah. Amin ....







Honey Apple but not Poison apple OK =P


My current Obsession ♥


   

Wednesday 10 August 2011

miss you ?? miss me ?? ^^


Tada !!!! blog dah salin baju ekekekeke.. pink je.. hihi ala shout box lama dah terhilangkanlah sedihhhhh so takde lah yg komen dah warghhhhh... hihi singgah jab sebelum nak prepare waktu berbuka ni... ok jumpa next entry ye ^^ Assalamualaikum.. 



Monday 8 August 2011

Revenge is Sweet ???

Lately ni Kenangan lama asyik menghantui diri je... emmm dendam ke aku kat dia ?? sayang lagi ke aku kat dia ?? emmm... apa2 pn i still think that revenge is not the right way.. Daripada berdendam lebih baik berserah je dekat Allah s.w.t. sebab... Walaupun aku tak la pandai sangat bab agama ni.. tapi pengalaman membuat aku terfikir sendiri... owh apa yang aku rasai sekarang ada kaitan dengan perbuatan aku yang lepas... sebab i can feel that KARMA is paying me back.. Dulu aku tak la baik sangat... kira aku suka mainkan perasaan orang.... ada sebab aku buat macam tu.. tapi bila difikir2kan balik tak ada faedah pon... tapi semua tu dah lepas... biasala kan waktu tu fikiran tak la matang sangat.. girl just wanna have fun kan.. yang tahu nak seronok je.. =PP  Apa yang berlaku sekarang ni buat aku sedar yang 4 tahun dulu.. aku rampas dia dari someone.. then sekarang benda tu berulang kan.. emm Allah tu maha adil kan... yang bestnya my bestie sendiri yang rampas.. sebab tulah sekarang aku fikir lebih baik aku dekatkan diri denganNYA sebab dia tak pernah kecewakan aku.... Topik PERUBAHAN di ikim.fm ahad lepas betul2 menyamai dengan kehidupan aku sekarang.. yela dulu Freehair sekarang bila dah bertudung.. adala pulak kawan2 yang cakap ada la pulak yang cuba jadi ustazah kan.. even lecture pon pernah tegur dulu masa mula2 aku cuba bertudung... nama je tahun 2011 tapi pemikiran mcm zaman batu je haishh tak faham betul... Aku berubah bukan sebab aku kecewa tapi sebab aku rasa dah sampai waktu untuk aku berubah.... Tapi kadang2 rindu sangat dengan life yang dulu.. -_-' kuatkanlah hati aku untuk meneruskan perubahan ni YA ALLAH..  kadang2 tu macam2 godaan dari kawan2.. aku harap aku kuat untuk semua ni.... Dah jauh ni... kenapalah mesti ada perasaan macam tu.. berdosanya..  T_T  hati tolonglah kuat untuk semua ni......

One way or another way... :5


Sunday 7 August 2011

BENGGANG

Hari ni macam nak ishtiharkan hari BENGGANG sedunia je !!! erghhhh !!! HYE HYE HYE Stop la tak payah nak jaga hati aku sangat seriusly hipokrit gilerrr !!!!!!!!! dh laa !!!!! 2 2  laki bini sama je !!!! jangan nak baik sangattt la aku dah menyampah dengan korangg 2 org la !!!! Jangan la pernah muncul dalam hidup aku kalau setakat nak buat aku merana lagi.. sorry la aku sikit pun tak kisah.. kau go on lah dengan life ko as i will go on with my life.. so please do leave me alone !!! tak habis2 nak sedihkan hidup aku kan kan.. takpelah aku redha je.. dan aku mampu lagi tersenyum dengan gelagat2 korang yg mmg disguisting sangat.. keep doing it you fool...


P/s : i believe in KARMA.. what you givinme you sure get it back SAYANG !! heh <3 

Friday 5 August 2011

Flu Fever C

Lama rasanya tak update blog ni... mana taknya baru je bukak lappy dah tetido depan lappy ni.. hukhukhuk macamlah penat sangat PUASA kan ekekeke bukan penat ke apa tapi sebab makan ubat selsema tambah lagi dengan ubat batuk konfen2 la mengantuk giler.. walaupun taknak tido tapi mata ni automatic je close sendiri  -__-' pada yang im kat fb tu maaf la ye bukan sombong ke apa ke.. tapi cuma tak sedar ada mesej ekekekeke... Hari ni dah masuk 6 hari kita puasa kan?? alhamdulillah.. tak tinggal la lagi puasa penuh je hikhikhik.. Seronok pulak baca blog2 org lain.. macam2 kisah.. sangat jeless bila baca blog yang citer pasal KEKASIH HATI SAYA LA hihi bila la nak update story macam tu kan... ekekekeke.. Actually fie dah tukar link blog dari myzsshunnyuntoldlovestory ke mylittlegreycell hihi.. sebab fie rasa tak ada dah kot untold love story.. so biarkan dia tersimpan kemas jauh disudut hati dan lipatan sejarah hidup fiekan.. ish2 tak sangka bila dah tukar link blog ni ada jugak yang cari anyways thanks ok yang sudi baca blog yang tak seberapa ni.. actually fie takdelah sangat pandai nak berHIAS blog ni.. tapi dalam proses nak blajar jugak... dulu fie rasa ada blog ni renyah je.. yela dulu takde sangat nak online macam sekarang.. kalau dulu ada je aktiviti luar kan.. kalau setakat nak berfesbuk tu sempat la lagi.. tapi sekarang blog ni dah jadi macam everyday rutin pulak ekekeke.... Itu je kot sebab fie dah malas taktahu nak citer ape lagi dan rasa mengantuk sangat.. hahahaha ok     assalamualaikum semua <3

When you keep QUIET , it make me worried..
 When you keep QUIET, it make me think : whre are you ? with who ?
and many more I would think about you. =((

Wednesday 3 August 2011

150 Million - Fynn Jamal

untuk kali ke seratus lima puluh juta

mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“hei kenapa kau masih lagi mahu kan dia? 
apa kau buta? apa kau pura-pura suka?”
di seratus lima puluh juta kali itu
di depan semua engkau tarik tangan aku
yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu,
sambil ketawa engkau bilang satu persatu:

“dia mungkin bengis seperti singa
tapi dia nangis tonton cerita korea
dia mungkin keras bila bersuara
tapi dia jelas jujur apa adanya--

aku lagi kenal dia”

dah lebih seratus lima puluh juta kali
aku pesan padamu apa yang bakal jadi
"engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
kau sangat manis, aku ini pula dawai besi"

di setiap seratus lima puluh jutanya
aku pun dalam hati semacam tak percaya
"apa kau lihat pada aku, jujurkan saja"
terus kau cubit dagu aku sambil berkata:

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua--


saya kenal sayang saya”

buat apa dicerita bahagia kita rasa
biar tak dipercaya, peduli orang kata
baju ronyok tak apa asal pakai selesa
berkilau tak bermakna kalau hati tak ada

aku lebih bengis dari sang naga
tapi bisa nangis semata demi senja

suaraku keras tak berbahasa
kerna aku rimas gedik mengada-ngada

aku mudah baran tidak semena
mana boleh tahan angin cemburu buta
dan aku sengaja tunjuk keras kepala
aku punya manja kau saja boleh rasa


rahsia kita berdua





Dengar lagu ni kat frenzy semalam... Lagu ni mcm dah lama kan tapi xkisah lah kan hihi sbb  lirik dia cam best je.. hikhikhik... sebab macam kena je dengan saya.. saya laa org yang kerass kepala.. Baran xsemena-mena.. tapi saya tak mengada-gada.. Saya garang tau... hahahaha mengada2 dalam chat tu biasa la hahahahaha.. ok itu je kot.. nak tido dari semalam x tido.. Assalamualaikum..

P/p.s : Petang semalam tetiba mcm nk marah.. dah kenapa pulak.. dah tu cakap kenapa orang kejam dengan dia.. emmm .. orang cakap dengan dia buat taktau ja.. lain kali taknak dah cakap :4 !balik oklah.. tapi cakap je taknak cakap.. malam semalam cakap gak... :6 16 misscal 1 mesej... hihi.. :4  

Tuesday 2 August 2011

Love & Hate

Bagaimana cara membuatmu bahagia.. 
nyaris ku menyerah jalani semua...
tlah berbagai kata ku ungkap percuma..
agar kau percaya cintaku berharga....

tak kuat ku menahanmu, mempertahankan cintaku..

namun kau begitu saja.. tak pernah merindu...

reff:
Sungguh aku tak bisa, sampai kapanpun tak bisa...
membenci dirimu, sesungguhnya aku tak mampu...
sulit untuk ku bisa, sangat sulit ku tak bisa..
memisahkan segala cinta dan benci yang ku rasa..

apa kau mengerti ku sedih sendiri..
tanpa ada kamu ku merasa sepi...

tlah lama ku menantimu,  diam sendiri menunggu..
setengah hati mencinta, ku sakit karenamu...


repeat reff

woo ooo ku sakit karenamu...

sungguh aku tak bisa, sampai kapanpun tak bisa...
membenci dirimu, sesungguhnya aku tak mampu...
sulit untuk ku bisa, sangat sulit ku tak bisa..
memisahkan segala cinta dan benci..

sungguh aku tak bisa membenci dirimu..
sesungguhnya aku tak mampu..
sungguh aku tak bisa, sampai kapanpun tak bisa..
memisahkan segala cinta dan benci ooo...
cinta dan benci ooo yang ku rasa......

P/s : Suka sangat lirik lagu ni.. dalam benci ada cinta.. sulit utk ku bisa sangat sulit ku xbisa memisahkan  segala cinta dan benci yang kurasa.. -_-'  and i know the reason why.. because..





Monday 1 August 2011

Serabut -_-'

Interesting fact.. excited rasanya nak tahu.. tapi kena tanya hati.. DO I NEED TO KNOW ?? huu big question mark there.. emmm... cukuplah sekadar faham kan..... Entahlah.. tak faham la dengan membe sorang ni.. dah elok2 Tunang.. then bulan 10 ni rancang nak kenduri.. tup tup tup dengar tak jadi pulak.. tak paham la dengan membe aku sorang ni.. ape la yang tak cukup dengan tunang dia tu... Entahlah.. itulah manusia tak pernah nak bersyukur... bila Tunang dia financial goyah sikit mula la nak tinggal kawan tu.. adoi malu la aku ada kawan macam ko sebenarnya.. Emm..  Tunang dia dah la baik.. baik sangat.. dia sangat2 tak bersyukurlah aku rasa.... Cuma sekarang ni je aku perasan yang tunang dia dah tak naik kereta mewah.. yang Membe aku selalu bangga2kan tu... baru2 ni terserempak la dengan Tunang dia tu kan dia pun tegur la aku.. terkaget jugak.. yela bila pandang je muka dia kan mesti ada satu perasaan tenang la tengok muka dia.. mungkin sebab muka dia iras2 tettt hahaha.. takpelah kitaorg pun duduk2 lah borak2.. dia pon macam nak meluahkan bukan meluahkan dia ada perasaan kat aku.. tapi lebih macam luahan perasaan lah kan.. hihi.. kalau meluah kan perasaan tak ke pelik -_-' tunang orang kot ... Aku sebenarnya memang la agak rapat dengan TASHA sebab dia ada la bau bau bacang kan dengan aku.. Kalau Mukriz tak citer pon aku sendiri dah memang masak dengan perangai tasha sebenarnya.. emm so aku layan jela kan luahan perasaan mukriz ni..Memang aku tahu betapa demandnya Tasha ni... tapi aku tak sangka la.. dalam dah stage terakhir kira dah dekat sangat kot lagi 2 bulan nak Akad Nikah then nak kawen dia boleh nak Cancel last minutes.. adoi tak faham betul aku.. Kenapa mesti nak cari Lelaki yang lebih kaya???  Entahlah kalau nak di ikutkan ni Masalah dorang.. tapi si Mukriz ni datang mengadu kat aku pulak.. emm masalah aku pun belum tentu selesainya..

Mukriz citer yang Business dia mcm kurang bagus la.. sampai dia terpaksa let go kereta dia.. memang dengar pun simpati la kan.. mana nak fullfill kehendak tasha yang nak buat majlis grand ala wedding of the century.. dengan hantaran yang terlampau nak STANDARD kan.. emm entahlah.. kadang2 aku terpikir perlukan semua tu?? memang la sekali seumur hidup.. tapi kalau dah menyusahkan diri sendiri just untuk nak Riak nak menunjuk2 buat ape kan?? ni last2 bila Business Mukriz tak ok.. mulalah dia nak cari yang lebih berduit dari Mukriz..Kad kawen dah siap dah tempah kat Bandung.. Kater pun dengar citer mak tasha dah booking.. rumah pun siap renovate dah.. Tahlah bukan masalah aku pun kalau aku nak pikirkan.. tapi Entahlah kesian dekat Mukriz.. at the same times tasha tu macam sedara aku jugak.. so tengah2 la aku jadinye errrrrr -___-

Sabar la Mukriz.. bagi la masa.. pujuk ke balik si tasha tu.. insyaallah nanti kalau berkesempatan fie akan cuba nasihatkan  dia.. emm tapi bagi personal opinion aku aku la kan... baik si Mukriz tu tinggal kan je Tasha tu... yela sanggup ke nak penuhi setiap keinginan dia tu.. Bukit tu pun  kalau hari2 tarah botak tau.. Tapi mai dengan perasaan sayang cinta ni memang la sanggup.. kan.. tapi lani bila no money dah tak sanggup kan.. emm simpati betul aku kat mamat ni... Tapi memang boleh nampak dia sayang sangat si Tasha ni.. yela dapat tunang cantik tinggi ala miss USA sape nak lepas kan :6.... tapi ikut u la bro.. sayang nya Tasha tak pernah nampak semua tu.. all the good thing yang aku nampak la sal si Mukriz ni.. hihi bertuahlah badan kalau diri disayangi sedemikian rupa :aduhai... sungguh aku jeles kat Tasha beruntung betul.. -__-' tetttt hahaha...

Family Tasha aku tgk mcm nak menyalah kan mukriz pulak.. entahlah mummy cakap jangan nak masuk campur sangat.. tulah.. aku sebenarnya taknak lah bagitahu Mukriz yang Family Tasha sebenarnya nak mintak Pertunangan dorang diputuskan biarlah Mukriz dapat tahu dari Tasha sendirikan..Dalam dunia ni ada macam2 jenis LOVESTORY kan... Bila dah dapat yang baik macam tu takde lak nak hargai.. emm kadang2 aku rasa.. entahlah... Takpelah perjalan masih jauh lagi.... Oh hari ni 1st day puasa untuk tahun 2011 ni.. alhamdulillah.. macam2 masalah dan persoalan datang.. takpelah.. sabar ye Mukriz.. hihi pandai betul nak nasihatkan orang lain la konon.. masalah sendiri pon tak selesai lagi -_____-'  at least hari2 yang mendatang ni  tak la fie rasa empty , sunyi sangat kan.. sebab hihihi...  =DD  takpelah Mukriz kalau ada jodoh tak kemana kan.. Kalo dh jodoh tu milik kita tetap akan jadi milik kita jugak yela kan ( ayat nak sedapkan hati orang lain dan hati sendiri la =D ) ok.. itu jela kot.. Salam Ramadhan.. and Happy fasting semua...

Cute je bebear ni.... dia macam sedang menunggu.. tapi tunggu ape je =DD  

Sunday 31 July 2011

i miss you BLACK !!!

balik balik terus je jumpa rasa nak jumpa BLACK yela banyak sangat2 nak kongsi dengan black ni.. rinduuuuuuuuu... black la yang banyak simpan rahsia2 aku.. hihi.. black jugak la selalu tolong aku dalam menyiapkan kerja2 assignment yang err -_-'.. thanks black.. sayangg ko muaxxxXXhhh sehari aku boleh habiskan masa berjam2 dengan si black ni.. hihi.. so bila 5 hari tak jumpa.. memang banyaklah nak cerita kan.. hihi....             
my Notebook HP Pavilion aka BLACK =DD

Dah start puasa hari ni.. baru je lepas sahur.. alhamdulillah dah kenyang =DD SELAMAT BERPUASA ye semua.. ok tak tahu nak cakap ape dah.. nak tido dulu lah.. assalamualaikum.. eh eh baru teringat.. alamak simcard fie hilang lah.. so habis no telefon yang ada dalam tu =(( emm sedihnya.. nak kena pergi DG centre la besok untuk dapatkan kad baru... banyak contact hilang.. sedihhhhhhhhhhhhhhh =((( semua takde dalam fon sangat.. semua no dalam sim.. rasa mcm tercicir la simcard tu.. ala.. T_T

Friday 29 July 2011

Nightmare..

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh !!!!! xsuka xsuka xsuka !!!!! T_T kenapa mimpi macam tu.. Kenapa.... takut sangat.. mintak2 mimpi ni tak jadi kenyataan.. dalam mimpi ni dia sedih.. sebab aku.. tolonglah aku tak nak jadi penyebab dia sedih.. tapi nanti datang la umah lagi ok..(tetiba kan haha) =D kenapa la mimpi aku tu macam pelik sangat.. Dia datang umah aku dengan kawan2 dia.. yang buat aku sedih tu sebab dalam mimpi ni dia menangis depan aku.. emm tak tertahan hati aku tengok dia menangis.. tolonglah jangan menangis lagi walaupun dalam mimpi saya ok.. -__-'  tapikan kalau kita mimpi sebenarnya yang berlaku sebenarnya adalah sebaliknya.. yeke? entah tapi kan mimpi ni memang pelik macam betul2 berlaku (mintak simpang la malaikat 44) T_T dah la datang berbaju melayu grey bagai.. ingat nak datang merisik ke ape haha berbaju melayu segala kan.. tapi taknak la mimpi macam ni lagi... tinjau blog si dia then tengok pic dalam blog tu wah wah wah cair melting kot =O tetiba kan -__-' oklah merepek je.. anyway.. hari ni birthday mumy saya yang tercinta.. sempat call mumy tapi sekejab jela.. =(( mumy saya tak la berapa sihat.. Jantung dia tak berapa kuat... sedih sangat tapi mumy tak pernah tunjuk dia sakit depan anak2.. ya allah kau panjangkan hayatnya ya allah... =((  dan untuk mumy pie..


h a p p y b o r n d a y m u m m y.. pie doakan mumy dipanjangkan umur insyaallah mi.. mi akan sempat lihat semua tu...mi akan sempat tengok pie sanding.. mi akan sempat main dengan cucu2 mi.. mi jangan la cakap macam tu lagi ye =(( tak dapat nk bayangkan hidup tanpa mumy... thanks mi sbb mumy selalu ada saat pie perlukan mumy.. mumy adalah alasan untuk pie truskan hidup ni mi.. mi pie harap pie boleh jadi setabah mumy.. sekuat mumy... mumy terima kasih kerana selalu mendoakan kebahagiaan pie ye mi... pie janji  mi pie takkan sedih2 lagi.. hug and kisses dari anakmu yg jauh.. insyaallah puasa pertama nanti kalau dipanjangkan umo pie akan berbuka dengan mumy...i love you.. my truly love me <3

Thursday 28 July 2011

Heart 2 Heart

Morning =DD bangun dengan takde perasaan... terus cuci muka then update blog ni....  perasaan ketika ini kan 


1. Rasa rindu kat mummy sangat yela besok birthday mummy.... mummy rinduu  nak hug n kisses =((
2. Rasa nak demam ni.. badan panas je.. siap pakej dengan selseme memang terbaik la cuti ni..
3. Perasaan malas sebenarnya nak update blog ni -_-'  
3. Alangkah bagus kalau takde perasaan eh eh boleh ke hahaha...
4. Heart to heart talking semalam with the girl =D
5.Rasa macam nak silentkan diri sekejab la.. and enjoy for the rest of this week =)
6. Tak sabar nak sambut RAMADHAN dah dekat kan nanti tunggu SYAWAL pulak hihi..
7.Rasa rindu dekat kawan-kawan.. and thanks so much ye CYN yang rajin mesej fie.. @mizz u 2.. 
8. _________________________________________ -_- speechless kot 
9. maaf bukan tak nak approve relationship tu tapi ( :menung ) maaf ye harap shah faham =)) 
10.Ok tu je kot untuk hari ni malas sangat dah ni... 


P/s : alhamdulillah getting better..thanks Tria.. i will keep this in mind.. "Sometimes , no matter how much you   like someone , they're just not meant for you.. Tria cakap dont be sellfish... Selalu lah letakkan diri kita di situasi GIRL yang di pihak sana.. then judge.. Thanks Tria.. that what im doing right now... be strong and be happy.. -END-   

Wednesday 27 July 2011

-ve 4 and CD

Muhnink! Bekpes ngan sejibik epal + hot choc...  sangat sejuk...  tapi dah macam nak terbiasakan diri... janganlah time nak enjoy2 macam nilah nak flu la nak fever la rimass tau !! -_-' apsal la antibodi ni tak kuat sangat... mungkin masih terkejut dengan perubahan cuaca yang melampau-lampau kat Mt buller semalam mmg terlampau kot dibawah - 4 darjah celcius.... memang membungkus lah... tapi niat hati tetap gak nak main snow kan tapi tak lama kot balik ke Cafe then minum hot choc memang selesa :fuh alhamdulillah la Malaysia takde salji bagai ni...  -_-' mungkin kalo dah lama2 mungkin biasa kot kan hihi.... 


Flu ke Fever ke tak kisahlah sebab i still can walk and today rasa nak lepak kat taman depan Uni Mel ni je.. and nak ajak Tria wat Photoshoot yeyy... CD dari Farish belum tgk lagi... Farish pon tah la.. Malas la nak pikir nak Single dulu kot huu Ok that it for today... achummmmmmmmmm (alhamdulillah) assalamualaikum 


P/s: Siaplah ko rara balik Malaysia ko pulak tgk kitaorg dating ok -_-' benci tul asyik dengan bf dia je sampai kawan dilupakan.. selamatlah ada    
       Tria ikut.. Vacation kali ni dah jadi macam cuti melawat BF dia pulak adoi.. tapi takpalah bila dia balik malaysia nanti takde dah nak jumpa 
       BF dia tu dah huu.. lepas ni ko teman la pulak Tria ngan fie dating ekekeke...Dating ke tetttt..  

Tuesday 26 July 2011

Jom layan jer AGAIN by Bruno Mars

Back pain,Knee pain,Leg pain,Joint pain.zzzzz.

Penat berjalan je hari ni.. kan best kalo ada orang dukung kan kan kan berjalan sampai besok pon nak ekekekeke.. Tapi mmg tak tahan lah pakai boot yang ade heel sikit konon nak vouge la kan hihi nampak macam esok kena pakai boot yang flat je kot kalo tak boleh tercabut kaki ni.. adush.. Susah jugak kan... Pagi2 dah menatap berjalan untuk breakfast kat Victoria Market mmg crowded la jugak.. yang best tu boleh cuci2 mata.. mmg best kot :kecur terasa kecik (comel)!shy je rasa hihi... Sejuk jangan cakaplah lebih sejuk sikit dari kat genting !sjok.. malas nak mandi je rasa hihi.. mmg malas pon tak kisahlah ada heater pon tetap rasa malas hahaha.. Tak sabar rasanya nak tunggu besok sebab nak ikut rombongan pi main salji yeyyyyyyyyyyyyyy !!!!!! alamatnya lagi2lah rasa nak demam taktau la boleh bertahan ke tak?? !sjok huuuuuuu tak sabarnyaaaa.. hihi.. kat sini tak susahlah nak dapatkan makanan halal.. banyak la jumpa pelajar Malaysia kat sini.. tapi so far tak jumpa la lagi yang Solo kan semua dah berpacaran !shy jelessnya tengok dorang berdeting :aduhai Opss lupa pulak kekasihku tertinggal di malaysia.. haha kekasih ke tettt.. in relationshipship tapi complicated kan hahahahaha.. lepas ni nak SINGLE balik lah..

Penatt memang penatt tapi seronok je harini kepala pon tak sakit.. yang paling penting rasa tenang je.. ala cakap pasal tenang ni.. nak tukar lagu kat blog la eh eh tetiba lakz kan haha tapi mmg tenang la hihi nak lagu AGAIN dari Bruno Mars tapi tak jumpa lagi la emmm Bruno Mars lagi!! haishh Jgn nak Bruno Mars la sangat la kan hihi.. sesape yang ada link widget lagu tu meh la share2 ok =DD .. lama tak dengar khabar bestie ni.. dengar citer tengah bercinta sakan ni.. ish tak sabar nak mengusik lu la wei hihi..=DD tadi masa kat taman kan tengah2 mengelamun laju je tangan ni menulis ayat2 cinta ecececece ayat tu tak la ayat sangat kan tapi lebih kurang NOTA CINTA la.. rasa nak publish tapi tengoklah macamana.. NOTA CINTA ni just reminder untuk diri sendiri agar lebih tabah dah tak tersilap langkah lagi.. Alhamdulillah la lebih tenang dari biasa.. Itu je kot untuk hari ni.. Jumpa lagi di next update ye.. Assalamualaikum..

P/S : Gembira je rasa bila dapat tahu org yang kita sayang tu tengah berbahgia kan hihi.. i pray
the for you.. =DD take care and rajin2 study ok !pis

Monday 25 July 2011

Alhamdulillah, Reached Melbourne safe and sound

Alhamdulillah 8.00pm dah selamat arrive kt Tullamarine International Airp0rt...
Wah seperti yg dijangkakan memang cuaca agak dingin....
Teruja rasanya menjejakkan kaki di the 2nd largest and m0st beautiful city in Australia ni..
So hari ni x bjln sakan lg tp just jalan2 di sekitar Melbourne Uni to Fed Square...
Hehe dalam nk away fr0m pc n lapt0p blh pulak update bl0g via ph0ne ni.. Eww mmg agak susah jgk.. Xsbr rasanya nk berjalan2 lg bs0k.. Takut la apela reaksi dia bila dh baca bl0g aku kan.. !gegel

Sunday 24 July 2011

Fly Away

Ya allah tak sangka betul dia amik serius apa yang aku cakap dulu.. dia betul2 cari blog aku adush degil la awak!! awak mmg degil kan!! mmg dia mengaku dia degil.. tak perlu awak nak cari sebenarnya bukan ada apa pon dalam blog sy ni.. cuma bla bla bla meluahkan rasa hati je.. awk lah yang paling forbiden sekali kalo nak ikutkan kira NO ENTRY lah malu la saya kalo semua awak nak bacakan ekekeke... adush tulah akibat tersalah cakap kan dah terpaksa bagi emm.. maluuuuuuuuuuu lahhhhh !!!!!!!!!!!! faham tak??? ekekkekeke yang penting entri2 yg tetttt kena la padam dulukan :fuh...Budak degil nih adoi ada jugak yang nak kena makan ni.. emmm tapi kan awak thanks kita tetap kawan kan.. thanks awak tetap anggap sy kawan awak...jadi lepas awak baca ni saya harap awak tetap anggap saya kawan awak jgk ye.. macam pernah saya bagitahu awak dulu masa awak dengan awek sebelum awek awak sekarang? awak ingat tak? saya harap awak happy je.. dan yang paling penting jaga kesihatan awak tu ok.. Awak jangan risau pasal saya.. tahulah saya menjaga diri saya di tempat orang nanti ye.. Oh ye awak di kesempatan ni saya nak bagitahu awak yang saya mungkin akan lama menyepikan diri due to having a day untuk diri saya sendiri.. So jangan la rindu saya ok ekekekeke PERASAN jab..awak maafkan saya ya jika saya sebelum ni pernah sakitkan hati awak tau.. dah kita 0-0 sekarang.. Doakan saya ye awak doakan saya sebagaimana saya akan doakan untuk kebahagiaan awak =DD HAH dan terpenting sekali saya nak awak score SEM ni ye janji tau...

Malu...... !!!

Malam ni rasa mcm taknak tido je.. alhamdulillah persiapan VISA PASSPORT semua dah ready.. tunggu nak fly besok je.. tak sabar nak meluaskan pandangan tak sabar rasanya nak keluar mengubat hati yang lara ni ekekekeke.. tak sabar nak merasai FALL emm excitednya.. sangat2 teruja.. mudah-mudahan hari2 disana akan lebih membahagiakan aku =))  Nak away dari PC LAPTOP lah.. ekekekeke agak2 ada tak yang nak rindu aku?? hahaaha agak2lahkan huu perasaan je tau.. Nak pergi beberapa hari je tapi bag mak ai macam pergi taknak balik dah tu :fuh.. memang saratlah dengan baju2... lepas ni jaranglah online nampak gayanya.. kalo ada mood online lagi.. kalo ada bahan nak dikongsi mungkin update kat blog je kot.. FB skng pon dah bervirus ade je yang hantar mesej hi how r you ape kejadah lah FB ni sekarang malaria ke ape? bengang betullah!!! rasa macam dah tak ada apa yang nak di updatekan lagi dah.. so nak merayap2 blog walking kejab nak meyantaikan diri dululah.. Ok kita jumpa lagi ye di Next Update.. Assalamualaikum..

Headache is Killing me

Assalamualaikum.. semalam rasa nak update je blog tapi ya allah tuhan je tahu betapa sakitnya kepala.. so tak dapat nak update la semalam... Hari ni still rasa juga sakit kepala tapi tak la seteruk malam semalam... hari semalam tak la seperti hari sebelum ni pun emm.. alhamdulillah dapat jugak melalui hari semalam macam hari-hari biasa. Lama jugak lah tak dengar berita pasal si dia kan tapi baru2 ni macam terover heard yang dia emm nvmd.. malas la nak pikir pasal org yg x pnh pikir sal kita kan.. hihi oklah semoga hari esok membawa seribu satu kebahagiaan untuk diri ni amin .. =))

Wednesday 20 July 2011

You are my Best Friend Forever

Haishhh tersenyum je aku hari ni.. semalam memang rasa empty hikhikhik =DD tapi kan yela betul la kata pepatahkan bila hari selepas hujan pelangi pasti muncul hikhikhik.. eh eh betul ke tak ni pepatah ni hihi..Semalam lepas je buat entry blog.. baru je sebut pasal bestfren yang lama menghilang tu tup tup tup dia muncul je hihi.. Muncul bukan muncul je tapi selalu buat aku tersenyum je hihi.. puas jugak lah berborak dengan dia sampai pukul 3 Pagi la jugak hihi. Lega rasanya dapat luahkan ketidakpuasan hati kat dia pasal. Yang bestnya dia janji nanti di betulkan balik yeyyyyy !!! tapi bila aku pikirkan semua tu dah tak penting pon entah rasa malas la  MALAS SEMALAS MALASNYA hahahhaha.. 2 hari jugak la nanges sebab kehilangan " benda " tah ape2 je.. Memang best kan kalau tengah2 sedih then ada yang pujuk hihi.. sesekali nak jugak gedik2 kan tettttttt hahahahaha hari ni sumpah happy je tak kisah lah apa orang lain nak pikir pasal ko dengan aku kan tapi yang penting kita je tahu =DDD. 


Alhamdulillah hari ni berlalu dengan tenang tanpa kusut memikirkan hal lain.. Ya allah aku mohon kepadamu hilangkanlah rasa sayang ni kepadanya kerana dia memang bukan diciptakan untukku... semoga aku redha dan tabah mengharungi hari-hari mendatang tanpa dirinya.. hati tolonglah kuat untuk semua ini ya tak terdaya rasanya menanggung perasaan yang MAHA menyiksakan ini lagi.. nampak benar dia sibuk dan pastinya tumpuan utama dia bukan kat aku lagi.. apa-apa pon aku harap dia baik2 je kat sana semalam sempat jugak mesej tapi aku dapat rasa yang dia sebenarnya sudah fedup entahlah perasaan aku memang rasa macam tu kalau benar baguslah kan tak payah lah aku nak merindu-rindu pada yang tak sudi lagi kan hihi.. ok la itu je kot untuk hari ni.. harap hari esok hidup aku seceria hari ini lagi yeyyyyyyyy.

*P/s  Ko rndu aq x? Hehe aq rndu ko sgt2 la XP
         Sbor la. Aq bz , tp aq x pnh lupe ko taw x XP
         Xpe nti aq try bt yg bru. Lg pn dh jrg in c2. Jgn cdh2 ye

Hehe thanks ye selalu je ko ada time aku perlukan a shoulder to cry on =)))

Tuesday 19 July 2011

Untold Story Chapter 1

rasa empty je hari ni tak macam hari-hari yang lepas tu.. Misteri betul la perasaan ni.. entah kenapa hati ni terjatuh sayang dekat awak haishh mengganggu betul la perasaan ni.. yela tak sepatutnya saya ada perasaan ni lagi kat awak sedangkan awak dah pun berpunya.. tapi tak salahkan kalau saya sayang awak lagi? walaupun saya tahu perasaan saya kat awak takkan bawak kita ke mana-mana pun. cukuplah dengan kehadiran awak membahagiakan hidup saya yang sememangnya empty ni.. Hari ni saya tak bersembang dengan awak langsung yela saya faham awak baru masuk sem baru kan jadi mestilah awak sibuk dengan assignment dan tugasan barukan.. hihi takpe saya faham.. Tapi saya agak sedih jugak sebab semalam awak cakap awak taknak kawan dah dengan saya gara-gara saya taknak bagi awak link blog baru saya.. Kalau memang itulah yang awak benar-benar maksudkan.. terima kasih ye.. Tapi entahlah degil sungguh hati ni nak je jenguk wall awak.. tapi bila tengok wall awak cemburu pun ye tapi takpelah biarlah saya sayang awak dari jauh je jauh dari dalam sudut hati saya ni biar saya je yang tahu.. Saya happy bila awak happy dengan pasangan baru awak tu.. dia add saya so saya approve jela.. dia nampak baik dan sesuai dengan awak.. Saya gembira ada yang lebih sayangkan awak macam yang saya sayangkan awak.. Hari ni saya dengar awak balik kampung kan.. semoga awak selamat sampai ke kampung halaman ye.. Saya harap saya dapat menahan diri dari menegur awak nanti.. ye saya pasti saya boleh buat.. Cukuplah sekadar saya perhatikan awak je.. itu saja tentang kita hari ni..


Semenjak my bestie ni sambung blajar dia dah jarang online dah.. banyak benda nak citer kat dia ni. tapi dia bila online je parking nick then trus lesap hantu betoi !! emm geram dibuatnya tadi dapat la im sekejab dengan dia tapi skang dah hilang pulak adoi.. macamana nak report status blog kat dia ni haishh serabut betul.. dia suruh mesej kat  hanfon je tapi rasa malas la pulak nak tulis mesej panjang lebar im kan senang boleh taip je ni kalo mesej adoi memang tak kuasa la.. maaf eyh kawan nanti kalo kita panjang umur kita cerita lagi ok.. kalo la ko tahu 2 hari aku asyik nangis jer kat cb tau sebab kesukaran nak masuk situ.. selalu chat kat blog je.. tapi chatbox blog dah hilang sbb yela chatbox tu chatbox orang bukan chatbox kita kan jadi kalo nak chat kenala masuk kot pintu bukan kot tingkap hihi.. tapi sekarang da tak sedih dah redha je haha.. so lepas ni jarang la masuk chatbox lagi.. tengoklah kalau rajin ye.. itu je kot untuk hari ni.. 


ShoutMix chat widget